SITE MAP | WEBMAIL LOGIN | ADMIN
  Logo  
 
 
 

Perkhidmatan

Perkhidmatan

Perkhidmatan

Muhammadiyah Travel & Tours

Pakej Umrah April 2010 (15 H 13 M) Melalui Gulf Airlines

Hari
Dari/Ke
FLG
ETD
ETA
27 April
KUL / BAH
GF 281
1035
1320
27 April
BAH / JED
GF 173
1730
1945
10 May
JED / BAH
GF 172
1325
1530
10 May
BAH / KUL
GF 280
2040
0915+1

 

HARGA PAKEJ
DEWASA
KANAK2 (2-11)
BILIK EMPAT/LIMA
RM4,990.00
RM 4,490.00
BILIK BERTIGA
RM 5,300.00
RM 4,770.00
BILIK BERDUA
RM 5,690.00
RM 5,150.00
Kanak-kanak tanpa katil
RM 3,750.00
  • Harga & aturcara adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis

HARGA PAKEJ TERMASUK :-

  • Tiket penerbangan KUL/BAHI/JED/BAH/KUL
  • Cukai lapangan terbang
  • Penginapan di Makkah dan Madinah
  • Pengangkutan di Arab Saudi
  • Makan di Makkah dan Madinah
  • Mutawif
  • Lawatan Makkah dan Madinah

CENDERAMATA DARI MTT TRAVEL :-

  • Beg besar / Beg kecil
  • Buku panduan umrah
  • Luggage tag / Uncang kasut
  • Air zam – zam ( 10 liter )
  • Ceramah umrah yang ditetapkan oleh pihak syarikat

Peringatan!
Jemaah adalah dinasihatkan agar berkumpul di KLIA 03 jam sebelum berlepas di aras 5.

 

ATUCARA PAKEJ UMRAH YANG DIPILIH

Hari 01 : KUL – BAH – JED (27 APR 10)
Berkumpul di KLIA 3 jam awal sebelum berlepas. Selesai urusan pendaftaran masuk bertolak ke Bahrain jam 10:30 pagi. Penerbangan akan transit di Bahrain. Jemaah dinasihatkan memakai Ihram dari Bahrain tanpa berniat. Perjalanan sambungan dari Bahrain ke Jeddah 5.30 petang. Jemaah akan berniat di dalam Kapal Terbang Miqat Qarnu Al-Manazil. Dijangka tiba di Jeddah jam 7.45 malam Selesai urusan Imigresen jemaah akan bertolak ke Makkah menaiki bas. Tiba di Makkah pendaftaran masuk hotel, Jemaah akan dipimpin oleh Mutawif untuk mengerjakan Umrah (Tawaf, Saei dan bertahalul)

Hari 02 : ZIARAH KOTA MAKKAH (28 APR 10)
Selepas solat Subuh dan sarapan pagi, Jemaah akan dibawa menziarah ke Padang Arafah, Mudzalifah, dan Mina. Seterusnya ke Jabal Nur dan Jabal Rahmah dan Jaaranah.

Hari 03 -04 : MAKKAH (29-30 APR 10)
Selepas solat Subuh dan sarapan pagi, Jemaah bebas dengan aktiviti sendiri untuk memperbanyakkan ibadah Solat sunat, Tawaf Sunat, Zikir dan sebagainya.
Jemaah dinasihatkan bergerak secara berkumpulan dan mengikut mahram

Hari 05 : ZIARAH HUDAIBIYAH  (01 MEI 10)
Selepas solat Subuh dan sarapan pagi, Jemaah akan dibawa melawat ke beberapa tempat bersejarah yang lain seperti Muzium dan Kilang Kelambu Kaabah serta Ladang Unta, (Bergantung kepada kebenaran kerajaan Arab Saudi)

Hari 06 – 10 : MAKKAH (02 – 06 MEI  10)
Selepas solat Subuh dan sarapan pagi, Jemaah bebas dengan aktiviti sendiri untuk memperbanyakkan ibadah Solat sunat, Tawaf Sunat, Zikir dan sebagainya
Jemaah dinasihatkan bergerak secara berkumpulan dan mengikut mahram

Hari 11 : MAKKAH – MADINAH (07 MEI 10)
Selepas solat  Jumaat di Masjidil haram , Bersiap sedia untuk bertolak ke Madinah. Tiba di Madinah , Solat Sunat di Masjid Nabawi, Ziarah Rasulullah s.a.w.
.
Hari 12 :  ZIARAH MADINAH (08 MEI 10)
Selepas Solat Subuh dan sarapan pagi . Jemaah bersiap sedia untuk dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah seperti Masjid Quba’ iaitu masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah s.a.w. Masjid Qiblatain iaitu masjid yang mempunyai 2 kiblat (satu mengarah ke Baitulmaqdis dan satu lagi ke arah Masjidil Haram) Masjid Tujuh, Ladang Kurma dan  Pasar Kurma untuk membeli belah. Pulang ke hotel untuk berehat

Hari  13 : MADINAH (09 MEI 10)
Selepas solat Subuh dan sarapan pagi, Jemaah bebas dengan aktiviti sendiri untuk memperbanyakkan ibadah Solat sunat, Zikir dan sebagainya.

Hari 14 : MADINAH- JEDDAH – BAHRAIN (10 MEI 10)
Selepas sarapan pagi, bersiap sedia untuk bertolak ke Jeddah. Penerbangan ke Bahrain  jam 1.25 tengahari, tiba di Bahrain jam 3.30 petang. Seterusnya menyambung perjalanan ke Kuala Lumpur pada jam 8.40 malam.

Hari 15: KUALA LUMPUR (11 MEI 10)
Dijangka tiba di KLIA jam 0915 pada 11hb Mei 2010

HOTEL MADINAH : MANAZELI HOTELS & RESORTS @ Setaraf
100 meter dari Masjid Nabawi
HOTEL MAKKAH : SAFWA TAAMIZ  @ Setaraf
150 meter dari Masjidil Haram