SITE MAP | WEBMAIL LOGIN | ADMIN
  Logo  
 
 
 

Perkhidmatan

Perkhidmatan

Perkhidmatan

Muhammadiyah Travel & Tours

Pakej Umrah May 2010 (15 H 12 M) Melalui Gulf Airlines

Hari
Dari/Ke
FLG
ETD
ETA
16 May
KUL / BAH
GF 281
1030
1320
17 May
BAH / JED
GF 171
1010
1225
29 May
JED / BAH
GF 172
1325
1530
29 May
BAH / KUL
GF 280
2040
0915+1

Harga Pakej

HARGA PAKEJ
DEWASA
KANAK2 (2-11)
BILIK EMPAT/LIMA
RM4,990.00
RM 4,410.00
BILIK BERTIGA
RM 5,220.00
RM 4,640.00
BILIK BERDUA
RM 5,600.00
RM 5,030.00
Kanak-kanak tanpa katil
RM 3,690.00

*Harga & aturcara adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis

HARGA PAKEJ TERMASUK :-

  • Tiket penerbangan KUL/BAHI/JED/BAH/KUL
  • Cukai lapangan terbang
  • Penginapan di Makkah dan Madinah
  • Pengangkutan di Arab Saudi
  • Makan di Makkah dan Madinah
  • Mutawif
  • Lawatan Makkah dan Madinah

CENDERAMATA DARI MTT TRAVEL :-

  • Beg besar / Beg kecil
  • Buku panduan umrah
  • Luggage tag / Uncang kasut
  • Air zam – zam ( 10 liter )
  • Ceramah umrah yang ditetapkan oleh pihak syarikat

Peringatan!
Jemaah adalah dinasihatkan agar berkumpul di KLIA 03 jam sebelum berlepas di aras 5.

 

ATUCARA PAKEJ UMRAH YANG DIPILIH

Hari 01 : KUL – BAH ( 16 MEI 10 )
Berkumpul di KLIA 3 jam awal sebelum berlepas. Selesai urusan pendaftaran masuk bertolak ke Bahrain jam 10:30 pagi. Dijangka tiba di Bahrain 1:20 petang (waktu Bahrain). Penerbangan akan transit di Bahrain. Check-in hotel di Bahrain dan bermalam.

Hari 02 :  BAH – JED ( 17 MEI 10 )
Perjalanan sambungan dari Bahrain ke Jeddah 10.00 pagi. Jemaah dinasihatkan memakai Ihram dari Bahrain tanpa berniat. Jemaah akan berniat di dalam Kapal Terbang Miqat Qarnu Al-Manazil.  Dijangka tiba di Jeddah jam 12.25 tengahari.  Selesai urusan Imigresen jemaah akan bertolak ke Makkah menaiki bas. Tiba di Makkah pendaftaran masuk hotel, Jemaah akan dipimpin oleh Mutawif untuk mengerjakan Umrah (Tawaf, Saei dan bertahalul)

Hari  03 : MAKKAH ( 18 MEI 10 )
Selepas solat Subuh dan sarapan pagi, Jemaah bebas dengan aktiviti sendiri untuk memperbanyakkan ibadah Solat sunat, Tawaf Sunat, Zikir dan sebagainya.
Jemaah dinasihatkan bergerak secara berkumpulan dan mengikut mahram

Hari 04 : ZIARAH KOTA MAKKAH ( 19 MEI 10 )
Selepas solat Subuh dan sarapan pagi, Jemaah akan dibawa menziarah ke Padang Arafah, Mudzalifah, dan Mina. Seterusnya ke Jabal Nur dan Jabal Rahmah dan Jaaranah.

Hari 05 - 07 : MAKKAH  (20 – 22 MEI 10 )
Selepas solat Subuh dan sarapan pagi, Jemaah bebas dengan aktiviti sendiri untuk memperbanyakkan ibadah Solat sunat, Tawaf Sunat, Zikir dan sebagainya.
Jemaah dinasihatkan bergerak secara berkumpulan dan mengikut mahram

Hari 08 : ZIARAH HUDAIBIYAH ( 23 MEI 10 )
Selepas solat Subuh dan sarapan pagi, Jemaah akan dibawa melawat ke beberapa tempat bersejarah yang lain seperti Muzium dan Kilang Kelambu Kaabah serta Ladang Unta, (Bergantung kepada kebenaran kerajaan Arab Saudi)

Hari 09 – 10 : MAKKAH ( 24  – 25 MEI  10 )
Selepas solat Subuh dan sarapan pagi, Jemaah bebas dengan aktiviti sendiri untuk memperbanyakkan ibadah Solat sunat, Tawaf Sunat, Zikir dan sebagainya
Jemaah dinasihatkan bergerak secara berkumpulan dan mengikut mahram

Hari 11 : MAKKAH – MADINAH ( 26 MEI 10 )
Selepas solat  Jumaat di Masjidil haram , Bersiap sedia untuk bertolak ke Madinah. Tiba di Madinah , Solat Sunat di Masjid Nabawi, Ziarah Rasulullah s.a.w.
.
Hari 12 :  ZIARAH MADINAH ( 27 MEI 10 )
Selepas Solat Subuh dan sarapan pagi . Jemaah bersiap sedia untuk dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah seperti Masjid Quba’ iaitu masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah s.a.w. Masjid Qiblatain iaitu masjid yang mempunyai 2 kiblat (satu mengarah ke Baitulmaqdis dan satu lagi ke arah Masjidil Haram) Masjid Tujuh, Ladang Kurma dan  Pasar Kurma untuk membeli belah. Pulang ke hotel untuk berehat

Hari  13 : MADINAH  ( 28 MAR 10 )
Selepas solat Subuh dan sarapan pagi, Jemaah bebas dengan aktiviti sendiri untuk memperbanyakkan ibadah Solat sunat, Zikir dan sebagainya.

Hari 14 & 15 : MADINAH- JEDDAH – BAHRAIN – KL LUMPUR (29 – 30 MEI 10)
Selepas sarapan bersiap sedia untuk bertolak ke Jeddah. Penerbangan dari Jeddah jam 1:25 petang, tiba di Bahrain jam 3.30 petang. Seterusnya menyambung perjalanan ke Kuala Lumpur pada jam 8.40 malam dan dijangka tiba di KLIA jam 9:15 pagi pada 30hb Mei 2010

KAMI DI MUHAMMADIYAH MENDOAKAN AGAR TUAN PUAN DAPAT MENJALANI IBADAH UMRAH DENGAN SEMPURNA DAN MENDAPAT UMRAH YANG MABRUR DI SISI ALLAH SWT,
INSYAALLAH….

HOTEL MADINAH : MANAZELI HOTELS & RESORTS @ Setaraf
100 meter dari Masjid Nabawi
HOTEL MAKKAH : SAFWA TAAMIZ  @ Setaraf
150 meter dari Masjidil Haram

Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut.